Liverpool perlu raih tiga mata berharga

Liverpool perlu mula catatkan kemenangan pertama ketika melayan kunjungan Bournemouth di Anfield, pada Sabtu. - Foto Wikipedia
Liverpool perlu mula catatkan kemenangan pertama ketika melayan kunjungan Bournemouth di Anfield, pada Sabtu. - Foto Wikipedia
A
A
A

SETELAH gagal meraih kemenangan dalam tiga aksi awal Liga Perdana Inggeris (EPL), pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mahu memastikan skuad kendaliannya itu meraih tiga mata berharga apabila melayan kunjungan Bournemouth di Anfield, pada Sabtu.

Klopp berkata. dengan hanya meraih dua mata daripada tiga perlawanan setakat ini, The Reds tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan kemenangan ke atas The Cherries kali ini.

Justeru menurutnya, kesemua pemain diingatkan untuk terus memberikan aksi terbaik dalam usaha merealisasikan kemenangan yang diharap-harapkan.

“Kita tidak ada pilihan melainkan menang ketika berdepan Bournemouth... walaupun baru tiga perlawanan, kita tidak boleh ambil mudah dan kita tidak boleh berterusan begini tanpa meraih kemenangan.

“Baru-baru ini kita juga tumpas kepada pasukan ‘bermasalah’ seperti Manchester United... disebabkan itu, prestasi tidak menentu ini perlu dihentikan sekarang kerana jika tidak, besar kemungkinan prestasi pasukan akan lebih buruk selepas ini dan kita gagal untuk meraih mata sebagaimana yang diharap-harapkan,” katanya.

Untuk rekod, Liverpool masih belum mencatatkan sebarang kemenangan musim ini apabila sekadar terikat 2-2 dengan Fulham pada 6 Ogos, 1-1 dengan Crystal Palace (16 Ogos) dan tumpas 1-2 kepada Manchester United, 23 Ogos lalu.

Mengulas mengenai persiapan pasukan, Klopp berkata, beberapa pemain seperti Darwin Nunez, Diogo Jota, Ibrahima Konate, Naby Keita tidak dapat diturunkan gara-gara mengalami kecederaan selain menjalani penggantungan perlawanan.

Menurut Klopp, pihaknya telah mengenal pasti pemain yang bakal diturunkan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan kelak.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun kita kehilangan khidmat empat pemain ini, tetapi kita juga ada pemain yang mampu menggalas tugas bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Apapun, diharapkan pemain yang menggantikan mereka ini dapat menggalas tugas dan tanggungjawab dengan baik bagi menjamin kejayaan pasukan,” katanya.