Keldai akaun didenda RM4,000

Abdul Halimee (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.
Abdul Halimee (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap seorang 'keldai akaun' selepas lelaki berusia 35 tahun itu mengaku bersalah menyembunyikan wang penipuan Macau Scam berjumlah RM10,000, tiga tahun lalu.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh turut memerintahkan tertuduh, Abdul Halimee Azman dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati menyembunyikan sesuatu harta melalui akaun Bank CIMB miliknya iaitu wang hasil penipuan Macau Scam daripada mangsa bernama Rosidah Manah@Manap, 56, berjumlah RM10,000.

Abdul Halimee pada ketika itu juga didapati mengetahui bahawa wang tersebut diperolehi daripada cara penipuan.

Kesalahan itu dilakukan antara jam 12.54 sehingga 12.59 tengah hari di bank CIMB Ayer Keroh pada 12 September 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan telah menyesal dengan perbuatannya.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Artikel Berkaitan: