KPM tambah pengambilan guru tahun ini

Mohd Radzi (tengah) bersama jemputan yang hadir pada program Wacana Dr Radzi Jidin Bersama Komuniti Orang Asli di Pusat Pentadbiran dan Pusat Komersial Asli, di sini pada Khamis.
Mohd Radzi (tengah) bersama jemputan yang hadir pada program Wacana Dr Radzi Jidin Bersama Komuniti Orang Asli di Pusat Pentadbiran dan Pusat Komersial Asli, di sini pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah bilangan pengambilan tahunan guru mula tahun ini melebihi 5,000 orang.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, sebelum ini jumlah pengambilan guru setiap tahun sekitar 4,000 hingga 5,000 orang.

Menurutnya, KPM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk merealisasikan perkara itu.

"Biasanya setiap tahun sekitar 4,000 atau 5,000 orang sahaja namun bila kita tukar pendekatan kepada sistem kluster dan kita lihat pengambilan ini dapat kita tingkatkan dan insya-ALLAH tahun ini juga kita akan teruskan pengambilan.

"Kita sedang ikhtiarkan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk kita ambil jumlah yang lebih ramai daripada sebelum ini. Kita sedang usahakan. Jumlahnya kita jangka akan lebih dari sebelum Covid-19," katanya kepada pemberita selepas program Wacana Dr Radzi Jidin Bersama Komuniti Orang Asli di Pusat Pentadbiran dan Pusat Komersial Asli, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, isu pengambilan guru merupakan antara masalah yang begitu lama tertangguh di KPM sehingga 18,702 kekosongan jawatan tidak diisi.

Menurutnya, ketika menerajui KPM, sebanyak 16,000 kekosongan berkenaan berjaya diisi setelah pengambilan secara one-off dibuat.

"Apabila kita dalami lagi isunya adalah mismatch antara opsyen graduan yang keluar dengan opsyen yang kosong di sekolah. Sebab itu kita perkenalkan buat pertama kali dalam sejarah pengambilan berdasarkan kluster mata pelajaran. Kalau dahulu graduan pendidikan dalam bidang fizik, dia kena tunggu ada kekosongan opsyen fizik di sekolah baru dia boleh masuk.

Artikel Berkaitan:

"Tapi kita bincang, kita kata kalau graduan fizik, dalam dia nak belajar fizik mestilah dia tahu matematik. Dalam konteks itu, graduan fizik ini boleh boleh mengajar fizik, boleh mengajar matematik," katanya.

Pada 20 Julai lalu, Mohd Radzi memaklumkan KPM telah memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran bagi pengambilan guru secara one-off agar dapat membuka peluang kepada lebih ramai graduan memohon berdasarkan kepada pemetaan ijazah sarjana muda dengan mata pelajaran yang bersesuaian.