Dalang samun pemegang cip bernilai RM4 juta diburu

Cheng San
Cheng San
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang memburu seorang lelaki yang merupakan dalang kepada rompakan pemegang cip bernilai lebih RM4 juta di sebuah stor kilang di Bukit Tengah, di sini pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, sehingga kini, tujuh lelaki termasuk dua pengawal keselamatan berusia lingkungan 24 hingga 60 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti identiti suspek yang berusia lingkungan 30-an tersebut dan usaha menahannya sedang dijalankan.

"Daripada tujuh lelaki tersebut, salah seorang adalah pekerja kilang berkenaan dan hubungan antara mereka adalah rakan. Siasatan awal mendapati, mereka telah melakukan samun pada Julai lalu, kira-kira jam 11 malam.

"Mereka didapati menyamun 16 kotak beroda yang mengandungi pemegang cip bernilai lebih RM4 juta. Kes tidak melibatkan kehilangan cip. Bagaimanapun, kita masih menyiasat lokasi pemegang cip tersebut dan dalang kes ini.

"Polis tidak menolak kemungkinan pemegang cip yang hanya boleh digunakan pada mesin tertentu itu berada di luar negara namun siasatan lanjut masih dijalankan. Pemegang cip tersebut hanya boleh digunakan pada mesin tertentu sahaja kerana ia memang direka khas," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini pada Khamis.

Kata beliau, dua pengawal keselamatan tersebut ditahan selepas memberi kenyataan bercanggah berhubung cara mereka diikat dalam kejadian tersebut.

"Selepas keterangan diambil, kita menahan dua pengawal keselamatan di stor kilang berkenaan selepas didapati memberi keterangan yang mencurigakan.

Artikel Berkaitan:

"Suspek menggunakan sebuah lori untuk melarikan kesemua kotak tersebut," katanya.