Luahan si pencari Acap

Paparan Facebook Master Azai.
Paparan Facebook Master Azai.
A
A
A

GOPENG - Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu ketika menyertai Gopeng Ultra Trail.

Namun ia masih menemui jalan buntu hingga mendorong misi mencari Mohammad Ashraf secara besar-besaran dilakukan di Gua Tempurung jam 8 pagi sabtu ini.

Menerusi Facebook Master Azrai, dia antara individu yang menghulurkan bantuan dalam misi mencari Mohammad Ashraf dan turut berkongsi pengalamannya.

Paparan Facebook Master Azai.
Paparan Facebook Master Azai.

"Kami tak putus asa, tapi kami sudah pun menyerah kepada ALLAH SWT yang selebihnya. Segala kerja kami di sini sudah pun telah kami buat,tapi malangnya kami tidak dapat menemui titik titik tanda tentang saudara.

"Walaupun cara zahir mahu pun tidak zahir, semuanya telah kami lakukan,solat hajat, solat ghaib, doa-doa sampingan telah di jalankan dengan segera tanpa tidak sedikit membuang waktu.

"Ya kami gagal temui Acap namun sekarang dalam firasat dan kiraan hanya menghitung hari dalam satu minggu ini," katanya.

Dia dan rakan-rakan tetap terus berdoa agar Acap ditemui.

Artikel Berkaitan:

"Biarpun kita tak pernah bersua, setiap trek yang kami pergi dan segala gua yg kami terjah semuanya menggamit kenangan bersama kita.

"Walaupun semuanya berat buat kami untuk tinggalkan Acap, kini sudah 12 hari masih tak kembali lagi ke pangkuan keluarganya. Azai harap Acap dengar doa kami, bukalah pengera gayung dan jiwa Acap. Sedarlah daripada pandangan yang tidak sahih dan kembalilah kepada kita semua," luahnya.

Jelasnya, banyak pengalaman ditempuhi ketika berada di lokasi tersebut.

"Gangguan demi gangguan itu biasa, kena tepuk, kena tarik pipi, gangguan emosi dan perasaan, segalanya bermacam bau.

"Minta maaf buat semua atas kegagalan Azai dan kumpulan kami. Sekurangnya kami berusaha dan mungkin setakat ini lah keupayaan kami. InsyaALLAH semoga dalam satu minggu ini apa yang firasat Azai katakan," katanya.