Kerja keras pacu kemenangan Crawley Town

Sebahagian pemain Crawley Town meraikan kemenangan setelah tiupan wisel penamat pada Rabu. - Foto Crawley
Sebahagian pemain Crawley Town meraikan kemenangan setelah tiupan wisel penamat pada Rabu. - Foto Crawley
A
A
A

PENGENDALI Crawley Town, Kevin Betsy menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Fulham di pusingan kedua Piala Liga di Stadium Broadfield pada Rabu terhasil hasil kerja keras daripada kesemua pemain.

Menurut Betsy, kesebelasan diturunkan telah memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan dengan menggasak hebat ke gawang Fulham.

"Walaupun mengetahui lawan yang ditemui kali ini merupakan pasukan dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun kesemua pemain masih mampu memberikan aksi bertenaga.

"Pemain kami juga ternyata mematuhi segala percaturan yang telah direncanakan hingga menghasilkan kemenangan ini.

"Oleh itu, mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa malam ini (Rabu), merupakan malam indah buat kami," katanya.

Pada perlawanan berkenaan pemain Crawley Town, Tom Nichols membuka jaringan pada minit ke-16 sebelum pemain pinjaman dari Liverpool, James Balagizi menjaringkan gol kedua pada minit ke-49.

Kemenangan itu menyaksikan Crawley Town mara ke pusingan ketiga Piala Liga musim ini.

Sementara itu pengendali Fulham, Marco Silva menyifatkan Crawley Town berhak untuk memenangi perlawanan berkenaan berdasarkan kepada aksi yang dipamerkan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jika aksi sedemikian berjaya dikekalkan, tidak mustahil untuk Crawley Town mara lebih jauh pada pada saingan Piala Liga, musim ini.

"Tahniah kepada mereka atas kemenangan ini...Jelas, mereka 'lebih memerlukan' kemenangan ini berbanding kami.

"Bagaimanapun, kami turut mengakui banyak melakukan kesilapan dan membenarkan lawan menjaringkan gol," katanya.