Lelaki warga asing cederakan diri ditahan polis

Lelaki warga asing terpaksa diikat selepas bertindak agresif dengan mencederakan dirinya sendiri.
Lelaki warga asing terpaksa diikat selepas bertindak agresif dengan mencederakan dirinya sendiri.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas dikatakan bertindak agresif dan mencederakan diri sendiri dalam kejadian di Desa Indah, Paya Terubong di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 1.57 petang yang memaklumkan berlaku pergaduhan di kawasan perumahan berkenaan.

Menurutnya, sebaik anggota polis tiba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki warga asing dalam keadaan tangan berikat dan berlumuran darah.

"Hasil temu bual dengan rakan serumah lelaki berkenaan menyatakan rakan mereka itu berada dalam keadaan mabuk teruk dan hilang kawalan.

"Lelaki itu juga dikatakan mencederakan diri sendiri dengan menghantuk kepala di dinding sehingga mengalami kecederaan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

Soffian berkata, pihak polis telah menenangkan lelaki berkenaan dan menghantarnya ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, hasil pemeriksaan doktor mendapati lelaki berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala sahaja.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!