Laungan 'Hidup Bossku' bergema di mahkamah

Penyokong Najib dipercayai berkumpul di luar kawasan Istana Kehakiman di sini seawal jam 7 pagi.
Penyokong Najib dipercayai berkumpul di luar kawasan Istana Kehakiman di sini seawal jam 7 pagi.
A
A
A

PUTRAJAYA - "Hidup Bossku", itu antara teriakan lebih 200 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian luar Istana Kehakiman Putrajaya di sini pada Selasa.

Penyokong Najib dipercayai berkumpul di luar kawasan Istana Kehakiman di sini seawal jam 7 pagi.

Individu yang mahu dikenali sebagai Rahman,40, berkata, dirinya datang dari Klang semata-mata mahu menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

"Terlalu besar jasa Najib kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia, saya tidak kisah sanggup berpanas atau berhujan asalkan dapat menyatakan sokongan kepada beliau.

"Saya berharap beliau dapat diadili dengan seadilnya, jauh di lubuk hati saya, sedih apabila beliau terpaksa menghadapi semua ini," katanya.

Penyokong Najib dipercayai berkumpul di luar kawasan Istana Kehakiman di sini seawal jam 7 pagi.
Penyokong Najib dipercayai berkumpul di luar kawasan Istana Kehakiman di sini seawal jam 7 pagi.

Hujan renyai-renyai mula membasahi sekitar kawasan Istana Kehakiman ini namun penyokong Najib dilihat tidak berganjak.

Awal pagi Selasa, sebanyak 10 bas dari Pekan, Pahang tiba di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.

Malah kenderaan Najib turut dikeremuni oleh ratusan penyokongnya sebagai tanda sokongan kepada beliau.