Zverev tidak sertai Terbuka AS

Alexander Zverev - Foto AFP
Alexander Zverev - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN tenis nombor dua dunia, Alexander Zverev menarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat (AS) ketika dia meneruskan proses pemulihan selepas menjalani pembedahan buku lali, kata penganjur kejohanan.

Pemain berusia 25 tahun itu menjalani pembedahan pada Jun selepas mengalami kerosakan ligamen di buku lali kanannya semasa perlawanan separuh akhir Roland Garros menentang Rafa Nadal tahun ini.

"Alexander Zverev telah menarik diri daripada Terbuka AS. Semoga cepat sembuh, Alex!" kata penganjur dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelum ini pemain Jerman itu berkata bahawa dia menjangkakan kembali daripada kecederaan untuk bermain untuk Jerman dalam Piala Davis pada September.

Bagaimanapun, dia memberitahu berpeluang kembali lebih awal dan beraksi di Flushing Meadows.

Untuk rekod, Grand Slam terakhir tahun ini akan berlangsung Isnin depan.

Artikel Berkaitan: