LCS: Laporan audit forensik BHIC dinyahklasifikasi, boleh diakses

Kenyataan Hishammuddin yang disiarkan di laman Facebook rasminya pada Isnin.
Kenyataan Hishammuddin yang disiarkan di laman Facebook rasminya pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Laporan audit forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai kapal tempur pesisir (LCS) kini boleh diakses oleh orang awam setelah dinyahklasifikasi, pada Isnin.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan berkata, ia selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 17 Ogos lalu untuk 'declassify' laporan berkenaan.

“Lembaga Pengarah BHIC juga telah bermesyuarat dan bersetuju dokumen tersebut dinyahklasifikasikan. Ia boleh didapati di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya.

Laporan setebal 108 muka surat itu kini boleh diakses menerusi pautan https://www.parlimen.gov.my/pac/publication-details.html?id=66&fbclid=IwAR1gQ2U4iNeoWlSXDFZqaetIXfNdI6DC7QKWtDyjZwPoYqi98XZqZTPB3hg.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Audit BHIC, Dr Salihin Abang dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Pengarah BHIC telah bersetuju dan seterusnya membuat ketetapan agar laporan tersebut dinyahklasifikasikan untuk diakses oleh orang awam.

“Laporan Audit Forensik ‘Review of the LCS Programme’oleh Alliance IFA (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh BHIC ini hanya mengenai audit forensik LCS sahaja.

“Ia disebabkan laporan audit forensik dalaman syarikat itu turut merangkumi maklumat dalaman BHIC yang lain,” katanya.

Pada 10 Ogos, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk menyahklasifikasi dokumen berkaitan siasatan LCS.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kerajaan akan mendapatkan nasihat Peguam Negara dan Ketua Audit Negara sebelum berbuat demikian.