Inflasi di Korea Selatan cecah paras tertinggi

Harga pengguna di seluruh Korea Selatan meningkat dengan kadar terpantas dalam tempoh 24 tahun berikutan peningkatan kos tenaga dan makanan. Foro AFP/Getty Images
Harga pengguna di seluruh Korea Selatan meningkat dengan kadar terpantas dalam tempoh 24 tahun berikutan peningkatan kos tenaga dan makanan. Foro AFP/Getty Images
A
A
A

SEJONG - Harga pengguna di seluruh Korea Selatan meningkat dengan kadar terpantas dalam tempoh 24 tahun berikutan peningkatan kos tenaga dan makanan, lapor Yonhap memetik data pada Isnin.

Indeks harga pengguna negara merekodkan bacaan 07.54 dalam tempoh April-Jun, meningkat 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data Statistik Korea.

Angka itu tertinggi dicatatkan pada suku kedua sejak peningkatan 8.2 peratus dalam tempoh yang sama pada 1998.

Harga produk minyak melonjak 36.3 peratus secara tahunan dalam tempoh tiga bulan, dengan harga produk makanan diproses meningkat 7.6 peratus.

Wilayah timur Gangwon mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi sebanyak 6.6 peratus, diikuti Wilayah Gyeongsang Utara dengan 6.5 peratus dan pulau peranginan Jeju 6.4 peratus.

Harga pengguna meningkat 4.6 peratus di Seoul, dengan pelabuhan Busan dan pusat bandar Daejeon masing-masing menyaksikan kenaikan lima peratus dan 5.2 peratus.

Data itu juga menunjukkan jualan runcit negara turun 0.2 peratus secara tahunan pada suku kedua, dengan pengeluaran sektor perlombongan serta pembuatan berkembang di 12 bandar dan wilayah.

Kadar guna tenaga negara mencapai 62.7 peratus pada suku kedua, meningkat 1.7 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: