Kereta rosak dihempap pokok tumbang

Pokok tumbang menghempap dua kenderaan di sekitar Kuala Lumpur, pada Isnin.
Pokok tumbang menghempap dua kenderaan di sekitar Kuala Lumpur, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Enam kereta mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang di sekitar ibu kota, pada Isnin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, lapan kes pokok tumbang dilaporkan di hadapan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta Mas 1 dan sebuah kondominium di Mont Kiara Pines, Lorong Duta 4 Bukit Tunku, Jalan Ismail Ghaney, Kampung Kasipillay serta Jalan Beruas Damansara Height.

"Selain itu, sebuah papan tanda turut menghempap sebuah kereta Perodua Axia dan tiga motosikal di stesen bas Jalan Duta, Taman Duta," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kejadian pokok tumbang juga berlaku di Royal Domin Sri Putra Mas 2, Jalan Kuang.

"Kejadian pokok tumbang turut berlaku di Jalan Lembah Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur hingga menyebabkan lalu lintas terhalang," katanya.

Artikel Berkaitan: