Sila log masuk terlebih dahulu.

Mesyuarat tergempar hanya bincang isu semasa: Bung Moktar

22 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 22 OGOS 2022

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan, pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ketua-ketua bahagian parti itu hanya membincangkan isu semasa.

Sebelum ini, pertemuan yang bermula jam 11 pagi itu, berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Kumpur, berdasarkan jemputan tular yang tertera nama Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Berdasarkan jemputan itu, Presiden UMNO dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta semua ketua bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung perkara penting demi masa depan parti, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

Artikel: https://bit.ly/3KaUDJU

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa