Golongan 'kluster mahkamah' suka desak segerakan PRU15

Wan Ahmad Fayhsal (kanan) beramah mesra dengan ahli KRT semasa Majlis Ramah Mesra Merdeka Keluarga Rukun Tetangga Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Isnin.
Wan Ahmad Fayhsal (kanan) beramah mesra dengan ahli KRT semasa Majlis Ramah Mesra Merdeka Keluarga Rukun Tetangga Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa mereka yang terdiri daripada 'kluster mahkamah' sering mendesak supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipercepatkan.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ini kerana mereka yakin akan mendapat sokongan penuh rakyat dan seterusnya kembali berkuasa semula.

"Apabila berkuasa semula banyak perkara yang boleh dibincangkan. Saya rasa perkara ini tidak dimahukan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang dilihat mementingkan intergriti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu desakan untuk mempercepatkan PRU15 pada Majlis Ramah Mesra Merdeka Keluarga Rukun Tetangga Pengkalan Chepa di sini, pada Isnin.

Pada majlis tersebut, Wan Ahmad Fayhsal turut mengagihkan bakul makanan dan Jalur Gemilang kepada peserta di KRT berkenaan.

Beliau berkata, Ismail Sabri adalah pemimpin yang meletakkan intergriti di hadapan dan perkara itu boleh dilihat dalam isu melibatkan skandal kapal tempur persisir (LSC).

"Ismail Sabri bertegas mahu rakyat mendapat tahu hal sebenar dan kerajaan perlu telus.

"Sama juga Bersatu. Kami mahu selesaikan isu rakyat terlebih dahulu sebelum PRU. Lagipun tempoh PRU kurang setahun lagi, lebih baik fokus untuk selamatkan rakyat dahulu," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: