Jiran Muda aktif semula, tarik generasi baharu sertai KRT

Wan Ahmad Fayhsal (kanan) menyampaikan Jalur Gemilang pada Majlis Ramah Mesra Merdeka Keluarga Rukun Tetangga Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Isnin.
Wan Ahmad Fayhsal (kanan) menyampaikan Jalur Gemilang pada Majlis Ramah Mesra Merdeka Keluarga Rukun Tetangga Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perpaduan Negara akan mengaktifkan semula Jiran Muda dalam usaha menarik generasi baharu untuk kembali menyertai Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, usaha itu bagi mengimbangi penglibatan golongan berusia yang dilihat lebih mendominasi program-program anjuran KRT ketika ini.

"Bila masuk ke Kementerian Perpaduan Negara, saya sedikit kegusaran melihat kekurangan penglibatan anak muda dalam struktur organisasi dan program-program kendalian KRT.

"Oleh itu, pihak kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) telah menjalin kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyuntik nafas baharu bagi menarik generasi muda bersama KRT, " katanya pada Majlis Ramah Mesra Merdeka Keluarga Rukun Tetangga Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.

Pada majlis tersebut, Wan Ahmad Fayhsal turut mengagihkan bakul makanan dan Jalur Gemilang kepada para peserta di KRT tersebut.

Beliau berkata, nafas baharu itu melibatkan program-program 'berjiwa muda' yang selari dengan golongan berkenaan.

Menurutnya, pihak kementerian optimis pendekatan itu mampu menarik lebih ramai golongan muda untuk kembali aktif bersama KRT menerusi jiran muda.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Fayhsal berkata, pelbagai program telah diatur oleh pihaknya untuk terus menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat sepanjang bulan ini.

Artikel Berkaitan: