PPAK anjur program rai sambutan kemerdekaan

Mohd Shamsul (kanan) mengundang orang ramai mengunjungi PPAK sempena program semarak kemerdekaan dan pameran manuskrip Melayu bermula Ahad hingga 30 Ogos ini.
Mohd Shamsul (kanan) mengundang orang ramai mengunjungi PPAK sempena program semarak kemerdekaan dan pameran manuskrip Melayu bermula Ahad hingga 30 Ogos ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) menganjurkan program semarak kemerdekaan dan pameran manuskrip Melayu bermula Ahad hingga 30 Ogos ini.

Pengarahnya, Mohd Shamsul Baharin Isa berkata, program diadakan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-65.

“Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan ialah pameran manuskrip Melayu, demonstrasi pemuliharaan oleh Arkib Negara Malaysia, bicara sejarah Kelantan dan pertandingan bicara berirama,” katanya di sini pada Ahad.

Mohd Shamsul berkata, gerai jualan serta pameran agensi kerajaan turut menanti orang ramai, malah paling menarik ialah hadiah lumayan yang disediakan.

Beliau berkata, PPAK juga menyediakan keahlian perpustakaan secara percuma.

“Faedah yang diperoleh daripada keahlian tersebut ialah aktiviti percuma sepanjang tahun, perkhidmatan bas e-pustaka yang akan bergerak ke setiap program, sekolah dan jabatan yang memerlukan khidmat pameran secara bergerak,” ujarnya.

Mohd Shamsul berkata, di Kelantan terdapat tujuh cawangan perpustakaan di setiap daerah, 37 perpustakaan desa dan sebuah perpustakaan komuniti yang terletak di Pasar Raya AEON di sini.

“Kami juga menyediakan perpustakaan digital yang boleh di akses melalui www.u-library.gov.my,” katanya.

Artikel Berkaitan: