Pelajar Jepun gotong royong di Pulau Bunting

 Pelajar dari Jepun melakukan aktiviti tersebut.
Pelajar dari Jepun melakukan aktiviti tersebut.
A
A
A

YAN - Seramai 30 pelajar Sakata High School dari Jepun menganjurkan program gotong royong di Pulau Bunting, semalam.

Ketua Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Unit Pelancongan Majlis Daerah Yan, Abdul Razak Abd. Majid berkata, program berkenaan turut mendapat penyertaan daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah.

Katanya, seramai 30 mahasiswa Universiti Malaysia Perlis juga turut menyertai program itu.

"Program gotong royong membersihkan sampah ini sangat bagus bagi membentuk jati diri seseorang individu," katanya.

Menurut Abdul Razak, dengan program ini peserta dapat menghayati alam sekitar dalam keadaan bersih dan sama-sama memeliharanya.

"Sebenarnya tugas menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan bukannya tugas mutlak mana-mana pihak," katanya.

Tambah Abdul Razak, diharapkan mereka yang bertandang ke lokasi berkenaan tidak membuang sampah sesuka hati.

"Kita perlu berasa malu apabila pelajar dari negara luar sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk membersihkan kawasan di tempat kita.

Artikel Berkaitan:

"Jadikan ini sebagai pengajaran dan bersamalah menjaga alam sekitar kita daripada pencemaran," katanya.