‘Gemilang Bersama’ Astro sepanjang bulan kemerdekaan, Hari Malaysia

A
A
A

(Dari kiri) Pengarah, Penjenamaan, Komunikasi dan Sustainability Astro, Tammy Toh; Ketua Bahagian Perolehan Darah dan Pakar Perubatan Transfusi, Pusat Darah Negara, Dr Thane Moze Darumalinggam; Ketua Pegawai Eksekutif MAB George Thomas; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan; Nurin Amalin Ishak serta Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario.
(Dari kiri) Pengarah, Penjenamaan, Komunikasi dan Sustainability Astro, Tammy Toh; Ketua Bahagian Perolehan Darah dan Pakar Perubatan Transfusi, Pusat Darah Negara, Dr Thane Moze Darumalinggam; Ketua Pegawai Eksekutif MAB George Thomas; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan; Nurin Amalin Ishak serta Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario.

PETALING JAYA - Astro melancarkan kempen ‘Gemilang Bersama’ sempena Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia tahun ini dengan mengangkat kisah-kisah dan hiburan terbaik Malaysia menerusi Astro TV, On Demand dan juga Astro GO.

Pelanggan Astro boleh menikmati lebih 150 program istimewa Malaysia yang terdiri genre hiburan, filem, telemovie, dokumentari dan lain-lain secara percuma bermula 21 Ogos hingga 18 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, setiap tahun pihaknya meraikan hari bersejarah itu dengan membawa kisah-kisah terhebat tanah air yang penuh berinspirasi.

“Sebagai rakyat Malaysia, Astro berharap ia dapat memberi inspirasi kepada negara kita untuk bersatu dan kekal teguh, seperti yang divisualkan menerusi tangan-tangan yang mewakili kepelbagaian kaum di Malaysia.

“Selain itu, ia juga dapat disulami dengan warna-warna kebangsaan kita di mana Biru untuk Perpaduan, Merah untuk Keberanian, Putih untuk Kesucian dan Kuning untuk Kesetiaan.

“Inilah nilai-nilai untuk menyatukan rakyat Malaysia sejak lahirnya negara kita dan akan terus membimbing kita,” katanya pada sidang akhbar Hari Kebangsaan Gemilang Bersama, di Sunway Pyramid, di sini pada Selasa.

Tambah Tan, video Gemilang Bersama yang diterbitkan Astro turut memaparkan Nurin Amalin Ishak, 19, seorang para atlet yang kehilangan penglihatannya ketika berusia 10 tahun.

“Menerusi video ini, kita akan dapat melihat warna dan nilai yang dimaksudkan,” katanya.

Antara kandungan menarik yang akan ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini ialah Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang merupakan filem blokbuster penuh aksi mengenai pengorbanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), serta semangat patriotisme ketika berkhidmat dan menjaga keselamatan negara.

Filem yang akan ditayangkan pada 25 Ogos itu dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Aiman Hakim, Nas-T, Sara Ali, Carmen Soo, Anas Ridzuan, Jack Tan, Johan As’ari, Iman Corinne, Luqman Hafidz, Pablo Amirul, Scha Alyahya, Sangeeta Krishnasamy, Azira Shafinz dan banyak lagi.

Beberapa wakil Astro bersama barisan pelakon dan produksi yang hadir pada majlis sidang akhbar di sini pada Selasa.
Beberapa wakil Astro bersama barisan pelakon dan produksi yang hadir pada majlis sidang akhbar di sini pada Selasa.

Selain itu, beberapa siri dokumentari turut ditayangkan termasuk Malaysia In Their Eyes dan The Conservationists oleh pengarah tersohor, KC Chiu yang memaparkan keindahan negara menerusi perkongsian dan pengalaman warga asing yang menetap di Malaysia.

Dokumentari-dokumentari lain 270 min Ke Piala Asia, yang merakam perjalanan pasukan bola sepak negara yang penuh dengan tangisan,kegembiraan dan pengorbanan secara kronikal dalam melayakkan diri ke Piala Asia AFC 2023 buat pertama kali dalam 42 tahun.

Saksikan juga Kampunglympics dan Agak-Agak Cooking Show serta filem-filem kesayangan rakyat Malaysia termasuk Ola Bola, Hantu Kak Limah, The Journey, The Garden of Evening Mists, Paskal, Polis Evo 1 dan 2, The Kid from The Big Apple, P Ramlee Movies, Boboiboy The Movie 2 dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Astro Radio pula akan menganjurkan pelbagai program menarik termasuk menyiarkan lebih banyak lagu-lagu tempatam di kesemua 11 jenama radio dan di aplikasi SYOK.

LITE akan memaparkan pelbagai kisah dan sisi-sisi keunikan rakyat Malaysia, manakala ERA bersama personalitinya akan menyertai perarakan hari kebangsaan di sekitar tempat ikonik di ibu negara dengan menaiki bas hop-on-hop-off.

RAAGA pula akan memaparkan sebuah program menarik, Merdeka Food dan MY akan mengadakan Konsert Mini Merdeka yang akan menampilkan pelbagai artis tempatan.

Go Shop pula akan yang menawarkan baucar diskaun sehingga RM112 bermula 8 Ogos sehingga 18 September.

Para pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tanpa pembelian minimum bermula 31 Ogos sehingga 4 September serta 16 September sehingga 18 September.

Dalam semangat membantu masyarakat pada masa yang diperlukan, Astro terus menyokong Pusat Darah Negara (PDN) dengan mendorong rakyat Malaysia menyertai kempen derma darah yang diadakan di pelbagai lokasi.

Henry Tan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada George (kiri) yang mewakili MAB, sambil diperhatikan Nurin.
Henry Tan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada George (kiri) yang mewakili MAB, sambil diperhatikan Nurin.

Astro turut menyokong dan mahu membawa kesedaran kepada mereka yang hilang keupayaan melihat dengan memupuk rakyat Malaysia menjadi sukarelawan dalam merakam buku audio menerusi kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

Sila klik Gemilang Bersama untuk mendapatkan maklumat lanjut.