YBR terima anugerah

Penyerahan anugerah berkenaan disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun kepada Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin yang mewakili YBR.
Penyerahan anugerah berkenaan disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun kepada Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin yang mewakili YBR.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima anugerah ‘Foundation Of The Year (Banking)’ hasil pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang 2021 yang membabitkan peruntukan berjumlah RM19.92 juta.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, anugerah itu mencerminkan komitmen YBR dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Menurutnya, penghormatan yang diberikan juga membuktikan YBR menjadi salah satu ejen perubahan dalam transformasi sosioekonomi Malaysia yang lebih mampan dan telus.

"Diharapkan anugerah ini menjadi sumber inspirasi bagi organisasi lain terutama badan bukan kerajaan untuk terus membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

"YBR ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota Bank Rakyat, badan-badan kerajaan, rakan-rakan kerjasama strategik, badan berkeuntungan dan bukan berkeuntungan, termasuk pelanggan yang, menjadi sebahagian daripada kejayaan ini," katanya sempena Majlis Sustainability & CSR Malaysia Awards 2022 pada Khamis.

Penyerahan anugerah berkenaan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun kepada Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin yang mewakili YBR.