Kandang lembu bina struktur tambahan tanpa kelulusan ditutup

Kandang lembu seluas 4.4 hektar di Sri Cheding, Kuala Langat telah ditutup selepas didapati melakukan kesalahan membina struktur tanpa kelulusan.
Kandang lembu seluas 4.4 hektar di Sri Cheding, Kuala Langat telah ditutup selepas didapati melakukan kesalahan membina struktur tanpa kelulusan.
A
A
A

KUALA LANGAT - Kandang lembu seluas 4.4 hektar di Kampung Sri Cheding, di sini ditutup serta-merta baru-baru ini selepas pemiliknya didapati melakukan kesalahan membina struktur tambahan tanpa kelulusan.

Difahamkan, pemilik yang berasal dari Pulau Pinang itu telah mengusahakan ternakan lembu di kawasan terbabit sejak kira-kira dua tahun lalu.

Pada 10 Ogos lalu, pemiliknya seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an telah dikenakan denda RM5,000 dan satu Perintah Temesti (Roboh) dikeluarkan bertempoh selama 12 bulan dari tarikh hukuman.

Tertuduh telah disabitkan di bawah Seksyen 70(13)(c), Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Hasrizal Abdul Rahim.

Pemilik syarikat telah mematuhi perintah mahkamah dan arahan MPKL agar menghentikan aktiviti penternakan lembu dan menutup kandang tersebut pada 10 Ogos 2022.