Ahli PAC pembangkang belum serah surat letak jawatan

Nga Kor Ming
Nga Kor Ming
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kesemua ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada blok pembangkang masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, tindakan itu disifatkan sebagai tidak menghormati PAC.

"Mereka yang meletakkan jawatan (dalam PAC dari kalangan pembangkang) sebenarnya kita rasa ia tidak menghormati jawatankuasa itu.

"Sebab mereka tidak hantar surat rasmi peletakan jawatan, ia hanya (peletakan jawatan) menerusi sidang media, ia sama sekali tidak dapat diterima," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Kor Ming berkata demikian ketika diminta mengulas status terkini peletakan jawatan kesemua ahli PAC daripada pembangkang.

Peletakan jawatan di kalangan parti pembangkang ini susulan tindakan Kerajaan PH mengekalkan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Pengerusi walaupun telah menyertai kerajaan selepas menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan: