Penjawat awam diberkas miliki, positif dadah

Padah memiliki dadah jenis syabu dan ganja, seorang penjawat awam diberkas di tepi jalan berhampiran Pandan Indah di sini pada Rabu.
Padah memiliki dadah jenis syabu dan ganja, seorang penjawat awam diberkas di tepi jalan berhampiran Pandan Indah di sini pada Rabu.
A
A
A

AMPANG - Padah memiliki dadah jenis syabu dan ganja, seorang penjawat awam diberkas di tepi jalan berhampiran Pandan Indah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 3.50 pagi.

"Suspek berumur 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di lokasi berkenaan.

"Pemeriksaan dijalankan terhadap suspek menemui lima peket dipercayai dadah jenis syabu seberat 6.95 gram dan satu peket dadah dipercayai ganja seberat 3.46 gram," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah, namun tiada dalam senarai individu dikehendaki polis.

"Suspek turut didapati positif dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.