Exco Kelantan jalani rawatan di Hospital Pakar Perdana

Mohd Nassuruddin yang mengalami patah kaki kanan terpaksa menggunakan kerusi roda ketika tiba di tanah air pada Selasa.
Mohd Nassuruddin yang mengalami patah kaki kanan terpaksa menggunakan kerusi roda ketika tiba di tanah air pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, yang patah kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Mesir menjalani rawatan susulan di Hospital Pakar Perdana, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu selamat tiba di Kelantan jam 5.45 petang, Selasa.

Anak beliau, Ahmad Syakir berkata, tahap kesihatan bapanya ketika ini berada dalam keadaan baik.

"Bagaimanapun bapa masih memerlukan kerusi roda untuk membantu pergerakannya,"katanya ketika dihubungi, Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berharap seluruh rakyat menitipkan doa supaya bapanya kembali sihat seperti biasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Mohd Nassuruddin bersama bekas ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dan seorang pelajar kemalangan ketika menaiki sebuah kereta di Mesir.

Mohd Nassuruddin dikatakan ke Mesir bersama rombongan beberapa pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Rombongan berkenaan dijadualkan menghadiri Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan di Timur Tengah 2022 (Spektrum 2022) bermula 14 hingga 16 Ogos.