Tiga beranak selamat, Alphard masuk longkang

Kesemua mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Foto Ihsan PDRM
Kesemua mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

JERANTUT - Tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berusia lapan bulan terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam longkang besar bersebelahan sebuah warung di Jalan Pasar di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Kamis memberitahu, kejadian melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi di kawasan tempat letak kenderaan bersebelahan warung tersebut semasa pemandu seorang lelaki berusia 34 tahun bersama isterinya berusia 30 tahun dan anaknya sedang meletakkan kenderaan di lokasi terbabit.

"Semasa meletakkan kenderaan terlibat, tiba-tiba kenderaan tersebut bergerak ke hadapan, melanggar penghadang besi dan terjatuh ke dalam longkang besar.

"Dalam kejadian ini, kesemua mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerja menyelamat telah dijalankan oleh pihak bomba," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Keadaan Toyota Alphard yang terjatuh ke dalam longkang dekat Jalan Pasar, Jerantut pada Selasa. - Foto Ihsan PDRM
Keadaan Toyota Alphard yang terjatuh ke dalam longkang dekat Jalan Pasar, Jerantut pada Selasa. - Foto Ihsan PDRM

Tambahnya, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59.