Kurang Pekerja di Restoran Mamak

No Image Caption
A
A
A
Kelihatan pekerja warga asing melayan pelanggan yang datang ketika tinjauan Bernama di Restoran Nasi Vanggey semalam.

Beberapa restoran atau kedai makan 24 jam popular di pusat bandaraya ini masih tidak mampu beroperasi sepenuhnya walaupun tempoh perniagaan dibenarkan tanpa had masa selepas negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik sejak April lalu kerana kekurangan pekerja.

Tinjauan Bernama mendapati, keadaan ini menyebabkan perniagaan seperti nasi kandar dan nasi briyani terjejas dari segi perkhidmatan dan kualiti kerana kekurangan pekerja yang merencatkan pengoperasiaan mereka.

Sebelum ini Bernama melaporkan kekurangan pekerja menyebabkan banyak premis perniagaan termasuk kedai makan masih tidak dapat beroperasi 24 jam.

Presiden Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan dilaporkan berkata situasi itu disebabkan kebanyakan pengusaha restoran mamak tidak mempunyai pekerja mencukupi untuk menampung operasi walaupun terdapat permintaan tinggi kerana ramai yang pulang ke negara asal semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Bacaan Yassin Warga TLDM Kota Kinabalu

No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas