Sila log masuk terlebih dahulu.

Ambil stok kedai bukan Islam, gerai nasi ayam disiasat

16 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 16 OGOS 2022

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan sebuah kedai menjual nasi ayam yang mengambil bahan masakan daripada sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong.

Jurucakap JHEAINPP berkata, semakan telah dibuat semalam, namun semakan lebih terperinci bersama agensi lain akan dilakukan terhadap peniaga berkenaan hari ini.

Sebelum ini, tular klip video memaparkan dua lelaki dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil masakan nasi ayam dan menjualnya di gerai di Sungai Ara.

Artikel: https://bit.ly/3w6atj8

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa