Hishammuddin sambung jawatan, Zahida dilantik Ketua Puteri BN

Hishammuddin, Zahida
Hishammuddin, Zahida
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengesahkan penyambungan pelantikan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi tempoh dua tahun.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, penyambungan Hishammuddin adalah selaras dengan Perlembagaan gabungan itu, Fasal 8.3.E.

"Selaras dengan Perlembagaan Barisan Nasional, Fasal 8.3.E, Mesyuarat Agung Dewan Tertinggi mengesahkan penyambungan pelantikan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bagi tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita ditemui selepas mesyuarat tersebut pada Isnin.

Sementara itu, beliau juga mengesahkan pelantikan, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan sebagai Ketua Puteri BN.

"Dewan Tertinggi juga bersetuju mewujudkan Puteri BN bagi menyelaras pergerakan wanita muda di semua parti-parti komponen.

"Sehubungan itu, Datuk Zahida Zarik Khan dilantik sebagai Ketua Puteri BN," katanya.