Pusarla tarik diri dari Kejohanan Dunia

Pusarla V Sindhu - Foto AFP
Pusarla V Sindhu - Foto AFP
A
A
A

PUSARLA V Sindhu, juara dunia perseorangan wanita pada 2019, terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia kerana kecederaan, lapor Xinhua, memetik badan induk dunia sukan itu BWF pada Isnin.

"Ketika saya berada di tahap terbaik untuk memenangi pingat emas di CWG untuk India, malangnya, saya terpaksa menarik diri daripada kejohanan dunia itu," kata Pusarla kepada peminat dalam satu kenyataan di media sosial.

BWF berkata bahawa selepas imbasan MRI, pasukan perubatan mengesahkan terdapat keretakan akibat tekanan di kaki kirinya dan mengesyorkan pemenang dua kali pingat Olimpik itu untuk berehat seketika.

Pemain nombor tujuh dunia itu berharap untuk merangkul satu lagi emas di kejohanan dunia, berikutan pencapaiannya yang menakjubkan pada 2022 selepas memenangi gelaran di Terbuka Singapura, Terbuka Switzerland dan Syed Modi International 2022.- Bernama

Artikel Berkaitan: