Sila log masuk terlebih dahulu.

Rayuan akhir kes SRC Najib: Tengku Maimun ketuai panel lima hakim dengar rayuan Najib

15 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 15 OGOS 2022

Prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak akan didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Dalam pada itu, mahkamah dijadual mendengar permohonan Datuk Seri Najib untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC dalam usaha bekas perdana menteri itu untuk mendapatkan perbicaraan semula.

Artikel:https://bit.ly/3C6FffC

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa