Ravi, si panda merah larikan diri dari zoo

Seekor panda merah ditembak (dalam bulatan) di Taman Botani, Adelaide pada Ahad. - Foto AdelaideZoo/Facebook
Seekor panda merah ditembak (dalam bulatan) di Taman Botani, Adelaide pada Ahad. - Foto AdelaideZoo/Facebook
A
A
A

ADELAIDE - Seekor panda merah yang lolos dari sebuah zoo di Australia akhirnya ditangkap selepas ditembak dengan ubat pelali ketika ia berada di atas sepohon pokok pada Ahad.

Panda merah berusia tujuh tahun bernama Ravi lolos pada hari Jumaat lalu iaitu seminggu selepas ia tiba di Zoo Adelaide.

Ia kemudian ditemui di atas sebatang pokok di Taman Botani berhampiran dengan zoo tersebut pada Ahad.

Namun, umpan makanan telah digunakan untuk cuba menariknya turun tetapi tidak berjaya.

Alat penenang digunakan tengah hari Ahad dan penjaga mengepung pokok itu dengan selimut untuk menangkapnya.

Pengarah Zoo Adelaide, Dr Phil Ainsley berkata, pihaknya cuba menarik perhatian Ravi menggunakan buluh dan jagung manis, tetapi tidak berjaya.

Pada akhirnya, panda itu ditembak dengan ubat penenang yang kemudian berkesan kira-kira 15 minit kemudian.

Siasatan akan dilakukan bagi menentukan punca Ravi boleh lolos dari zoo tersebut. -Agensi