41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Insiden berlaku di gereja Abu Sifin di kawasan kejiranan Imbaba, lapor Xinhua.

"Empat daripada mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil, dan 37 ambulan telah dihantar ke lokasi kejadian,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan menyatakan kebakaran dipercayai bermula dari unit penghawa dingin di tingkat dua bangunan gereja itu.

Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan agensi kerajaan akan menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terlibat. - Bernama