Anggota polis maut rempuh kereta

Motosikal yang ditunggang mangsa dalam kemalangan maut di Kilometer 2 Jalan Batang Kali-Genting Highland pagi Ahad.
Motosikal yang ditunggang mangsa dalam kemalangan maut di Kilometer 2 Jalan Batang Kali-Genting Highland pagi Ahad.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 2 Jalan Batang Kali-Genting Highland pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin berkata, ketika kejadian mangsa yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal itu menunggang motosikal jenis Benelli dari Petaling Jaya menuju ke Genting Highland.

Menurutnya, mangsa yang berumur 31 tahun itu dipercayai menunggang seorang diri ketika kejadian.

"Kemalangan berlaku di apabila mangsa telah masuk ke laluan bertentangan ketika tiba di selekoh tajam lalu melanggar kereta jenis BMW dari arah hadapan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu pihak polis," katanya.