Polis terima laporan insiden kekecohan di klinik kecantikan

Seorang lelaki menimbulkan kekecohan di sebuah klinik kecantikan di Kepong pada Jumaat. Gambar kanan : Lelaki berkenaan turut membuat siaran langsung di Facebook.
Seorang lelaki menimbulkan kekecohan di sebuah klinik kecantikan di Kepong pada Jumaat. Gambar kanan : Lelaki berkenaan turut membuat siaran langsung di Facebook.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah menerima aduan berkaitan insiden kekecohan seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah klinik kecantikan di Kepong pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, suspek meminta klinik tersebut untuk membayar ganti rugi kerana didakwa telah menyebabkan kecacatan pada wajahnya.

"Suspek juga telah membuat rakaman video secara langsung di Facebook, ia bertujuan untuk memburukkan premis itu serta mengganggu pelanggan yang datang ke premis tersebut.

"Suspek juga bertindak menjerit-jerit dan menekan butang loceng pintu premis tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Eng Lai berkata, hasil semakan mendapati satu video berdurasi enam minit 32 saat telah tular di media sosial berkaitan kejadian itu.

"Kes telah disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998," ujarnya.

Eng Lai berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman audio ataupun video yang boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan masyarakat.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul 03-40482222," katanya.