700 bekas ahli Pas, Bersatu masuk UMNO

Ahmad (tengah) menerima borang keahlian baharu UMNO pada majlis perasmian pelancaran jentera BN Terengganu, di Pantai Penunjuk, Kijal, di Kemaman, pada Sabtu.
Ahmad (tengah) menerima borang keahlian baharu UMNO pada majlis perasmian pelancaran jentera BN Terengganu, di Pantai Penunjuk, Kijal, di Kemaman, pada Sabtu.
A
A
A

KEMAMAN - Seramai 700 bekas penyokong serta ahli Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk keluar parti dan menyertai UMNO.

Borang keahlian baharu itu diserahkan kepada Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sempena majlis perasmian pelancaran jentera BN Terengganu, di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini, pada Sabtu.

Menurut Ahmad, perkembangan itu memberikan gambaran bahawa UMNO semakin mendapat kepercayaan untuk kembali menerajui Terengganu.

"Ini merupakan perkembangan yang positif bagi UMNO Terengganu dan situasi ini menggambarkan UMNO mampu menawan kembali hati rakyat Terengganu pada pilihan raya akan datang," katanya.

Sementara itu, bekas penyokong Pas, Hasif Muhammad@Hassan, 34, berkata, penyertaannya dalam UMNO atas kerelaan sendiri.

"Saya masuk UMNO atas kerelaan sendiri kerana banyak isu yang diutarakan tidak mendapat perhatian pemimpin sekarang. Saya juga kecewa selepas pelbagai bantuan yang diminta tidak pernah dapat.

"Saya harap lebih ramai lagi pengundi terutama pengundi muda yang tampil dan memilih UMNO untuk menerajui Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan: