Salman Rushdie mungkin buta akibat ditikam

Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai Salman Rushdie yang ditikam di leher ketika berada di atas pentas di New York, AS pada malam Jumaat lalu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai Salman Rushdie yang ditikam di leher ketika berada di atas pentas di New York, AS pada malam Jumaat lalu.
A
A
A

MOSCOW - Pengarang Salman Rushdie yang cedera selepas diserang dalam satu kejadian di New York kini dilaporkan menggunakan mesin ventilator, tidak boleh bercakap dan berkemungkinan buta sebelah mata, lapor media.

Pada Jumaat, Salman ditikam dua kali ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua di barat New York, lapor Sputnik.

"Salman berkemungkinan akan buta sebelah mata, saraf di lengannya putus dan hatinya rosak selepas ditikam," kata ejen Rushdie, Andrew Wylie kepada The New York Times.

Salman ialah penulis kelahiran India yang terkenal dan memenangi pelbagai hadiah sastera serta pernah mencetuskan kontroversi menerusi buku tulisannya 'The Satanic Verses' yang dikatakan menghina Islam. - Bernama