Solat berjemaah lambang kekuatan Islam: Idris

Lebih 2,000 jemaah menyertai program qiamullail dan solat Subuh berjemaah di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu. - Foto Facebook Idris.
Lebih 2,000 jemaah menyertai program qiamullail dan solat Subuh berjemaah di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu. - Foto Facebook Idris.
A
A
A

SHAH ALAM - Solat berjemaah, bersatu di saf solat serta mengimarahkan masjid menjadi lambang kekuatan umat Islam ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, setiap golongan masyarakat di negara ini perlu bersujud bagi mendidik diri dan memberi kesedaran sebagai hamba ALLAH.

"Pemimpin, anggota perkhidmatan awam, ibu bapa dan anak-anak perlu bersujud kepada Allah. Ia akan mendidik hati dan diri kita sebagai hamba. Kita sedar diri, ALLAH sentiasa maha melihat setiap tindakan kita.

"Apabila saya diberi amanah memimpin Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, menggerakkan kekuatan solat dalam masyarakat adalah menjadi keutamaan," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Lebih 2,000 jemaah menyertai program qiamullail dan solat Subuh berjemaah di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu. - Foto Facebook Idris.
Lebih 2,000 jemaah menyertai program qiamullail dan solat Subuh berjemaah di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu. - Foto Facebook Idris.

Dalam pada itu Idris berkata, lebih 2,000 orang menyertai program qiamullail dan solat Subuh berjemaah di Masjid Putra, Putrajaya pagi tadi.

Katanya, kempen tersebut yang dilaksanakan di masjid dan surau Wilayah Persekutuan digerakkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Tahniah kepada JAWI, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Masjid Putra, Putrajaya sebagai host pagi ini.

Artikel Berkaitan:

"Tahniah kepada TV Alhijrah yang menyiarkan secara langsung Qiamullail Perdana pagi ini dan membuka lembaran baharu dalam dunia penyiaran negara.

"Moga ALLAH berkati keluarga, masyarakat dan negara kita," katanya.