Real Madrid nafi Ronaldo kembali

Perez (kiri) menafikan spekulasi kepulangan Ronaldo ke Santiago Bernabeu.
Perez (kiri) menafikan spekulasi kepulangan Ronaldo ke Santiago Bernabeu.
A
A
A

PRESIDEN Real Madrid, Florentino Perez menafikan spekulasi kepulangan Cristiano Ronaldo ke Santiago Bernabeu.

"Sekali lagi? Dia sudah berusia 38 tahun!" kata Perez

Bintang Manchester United yang lahir pada 5 Februari 1985 itu semakin terdesak meninggalkan Old Trafford bagi mencari pasukan bertaraf Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun beberapa kelab yang dikaitkan dengan kapten Portugal itu termasuk Bayern Munich dan Chelsea tidak berminat menandatanganinya.

Ketika ini hanya kepulangan ke kancah La Liga dilihat paling sesuai buat Ronaldo.

Sepanjang sembilan tahun bersama Real Madrid, Ronaldo telah meledak 450 gol daripada 438 penampilan dan memenangi dua gelaran La Liga serta empat Liga Juara-Juara Eropah.

Los Blancos sebelum ini terlepas mendapatkan Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain dan ia membuka peluang untuk seorang lagi penyerang baharu.

Perez bagaimanapun pantas menafikan spekulasi akan kembali bergabung dengan pemenang lima kali Ballon d'Or itu.

Artikel Berkaitan: