Tok Mat beri bayangan tanding Parlimen pada PRU15

Mohamad beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis Ramah Mesra Bersama Tok Mat di Kampung Sendayan, malam ini.
Mohamad beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis Ramah Mesra Bersama Tok Mat di Kampung Sendayan, malam ini.
A
A
A

SEREMBAN - Calon BN DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan yang beliau akan bertanding Parlimen pada PRU15.

Beliau secara berseloroh berkata demikian pada majlis Ramah Mesra Bersama Tok Mat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Kampung Sendayan di sini, hari ini.

"Rasa-rasanya PRU15 saya tak bertanding di Rantau, saya akan bertanding di Parlimen pula.

"Tapi boleh jadi juga saya akan tetap bertanding di Rantau dan juga kerusi Parlimen," katanya.

Ucapan beliau itu disambut dengan sorakan kira-kira 500 tetamu yang hadir mendengar ucapannya yang berlangsung hampir dua jam.

PRK DUN Rantau pada 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S. Streram, Mohamad dan dua calon bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Artikel Berkaitan: