Polis belum terima notis himpunan Protes Mana Kapal LCS?

Azmi
Azmi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima sebarang notis berhubung penganjuran himpunan berhubung isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang akan diadakan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di sini pada Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya ada menerima maklumat berkaitan himpunan tersebut, namun polis tidak terima notis dari mana-mana pihak berhubung penganjurannya setakat ini.

"Sehubungan itu, kita menasihati mana-mana pihak atau orang ramai patuhi peraturan dan undang-undang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Khamis, Jawatankuasa Protes Mana Kapal LCS? dalam kenyataan berkata, protes yang berlangsung pada jam 2 petang itu akan mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan.

Menurut kenyataan itu, antara tuntutan yang dibuat ialah Suruhanjaya Siasatan Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan segera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein harus mengambil tanggungjawab penuh dalam skandal itu.