Skuad Tok Gajah terima bas baharu

Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (tiga,kanan) menerima replika kunci bas tersebut pada majlis penyerahan bas baharu tersebut di Stadium Darul Makmur di sini, hari ini.
Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (tiga,kanan) menerima replika kunci bas tersebut pada majlis penyerahan bas baharu tersebut di Stadium Darul Makmur di sini, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Syarikat Konsortium E Mutiara Berhad buat julung kalinya menyumbangkan sebuah bas dua tingkat kepada skuad Tok Gajah.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata bas berkenaan adalah untuk kemudahan pasukan menghadiri sebarang perlawanan pada musim ini.

Menurutnya, bas yang dilengkapi 44 tempat duduk itu akan digunakan untuk membawa pemain ke semua destinasi perlawanan atau program yang diatur oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

"Kita menaja bas ini sebagai pengangkutan pergerakan pemain untuk pergi ke sebarang perlawanan yang telah ditetapkan dan menjadi kenderaan rasmi buat pasukan Tok Gajah.

"Kita mengharapkan agar pasukan Pahang akan menjadi Johan bagi Liga Super untuk musim ini," katanya kepada media ketika ditemui pada majlis penyerahan bas baharu kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PKNP) di Stadium Darul Makmur di sini, hari ini.

PKNP telah menerima bas baharu daripada Syarikat Konsortium E Mutiara Berhad yang menjadi kenderaan rasmi Tok Gajah untuk ke perlawanan.
PKNP telah menerima bas baharu daripada Syarikat Konsortium E Mutiara Berhad yang menjadi kenderaan rasmi Tok Gajah untuk ke perlawanan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Dalam pada itu, Che Ibrahim berkata pasukan Pahang menjadi pemilihan pihaknya buat musim ini kerana semangat Pantai Timur di mana syarikat bas tersebut juga bermula di Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, syarikat yang telah beroperasi selama 26 tahun itu juga turut menaja tiga lagi pasukan iaitu Kelantan, Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

"Kita mengharapkan agar para pemain selesa menikmati bas yang diletakan kerusi eksekutif yang bakal memberi keselesaan kepada pemain untuk berehat.

"Kita juga berharap agar ini mampu menjadi suntikan semangat kepada pemain Tok Gajah untuk membawa pulang piala ke negeri ini," katanya.