Khairuddin balas sindiran Sanusi

Tangkap layar kenyataan dimuat naik Mohd Khairuddin Aman di Facebooknya. Gambar kanan: Mohd Khairuddin
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Mohd Khairuddin Aman di Facebooknya. Gambar kanan: Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tampil membalas sindiran Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang menyelar dirinya sebagai ‘haiwan politik’.

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan, dalam politik seseorang itu perlu menjadi manusia yang bertutur baik kerana ia menjadi teladan kepada rakyat.

Ujarnya lagi, ulama dalam ilmu Mantik menggelar manusia sebagai haiwan yang bertutur.

“Kalimah haiwan pula berasal daripada kata kerja ‘Hayaa’ bermaksud hidup bernyawa. Haiwan bermaksud makhluk yang ada nyawa dan hayat kehidupan.

"Haiwan yang bertutur baik akan jadi haiwan yang baik, ada pun yang bertutur jahat maka menjadi jahat.

“Dalam politik pula kita perlu menjadi manusia yang bertutur baik kerana kita menjadi tauladan kepada rakyat,” katanya dalam catatan di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan Muhammad Sanusi Md Nor menyelar Khairuddin Aman Razali sebagai 'haiwan politik' yang tidak mengenang jasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebaliknya hanya inginkan Pas memilih UMNO sebagai sekutunya.