Remaja jadi mangsa rogol bapa angkat

PDRM.
PDRM.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang remaja perempuan dipercayai menjadi mangsa rogol bapa angkatnya dalam kejadian di Kluang sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang berusia 14 tahun memaklumkan kejadian tersebut kepada guru di sekolahnya sebelum membuat satu laporan polis.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi, 31 Julai lalu di sebuah kediaman keluarga angkatnya di Kluang.

"Memang kita ada terima laporan berhubung kejadian rogol ini, polis masih mengesan bapa angkat warga asing yang dipercayai telah melarikan diri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pertandingan Menembak Polis Johor Bersama Media Johor Sempena Hari Polis di Lapang sasar, Ladang REM di sini pada Selasa.

Katanya, selepas terima laporan tersebut mangsa dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum disahkan terdapat kesan baharu dan lama pada alat kelamin mangsa.

Pihaknya percaya suspek yang berusia 30-an itu masih berada di Johor dan polis sudah menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki kedudukan lelaki terbabit.

Jelasnya, suspek bernikah dengan wanita tempatan yang juga ibu angkat mangsa namun tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Kamarul Zaman menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.