PM ucap tahniah kejayaan Pearly- Thinaah raih emas ketujuh

Kejayaan menghadiahkan pingat emas ketujuh buat kontinjen Malaysia pada hari terakhir temasya diraih selepas pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di Pusat Pameran Nasional (NEC).
"Pingat emas ketujuh Malaysia! Sasaran enam pingat emas tercapai!" kata Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter beliau pada Isnin.
Ismail Sabri juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurus pasukan, jurulatih, atlet dan seluruh kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022 Birmingham.
Malaysia melengkapkan kempen temasya Komanwel Birmingham dengan mengumpul tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
