Zainul Rijal dipilih Presiden MPSWP

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dipilih sebagai Presiden Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan (MPSWP) bagi penggal pertama selama dua tahun (2022/2024).

Zainul Rijal dalam kenyataan pada Isnin berkata, pemilihan itu diadakan pada mesyuarat agung kali pertama Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan di Putrajaya yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata, peguam syarie yang hadir pada mesyuarat berkenaan juga turut memilih 13 anggota MPSWP untuk penggal tersebut berdasarkan Seksyen 49 Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019.

Katanya, pada pemilihan itu, Musa Awang dipilih sebagai naib presiden, Majdah Muda dipilih sebagai setiausaha manakala bendahari, Datuk Hazizah Kassim.