UAE hasrat labur AS$1 bilion, PM Pakistan berterima kasih

Shehbaz Sharif
Shehbaz Sharif
A
A
A

NEW DELHI - Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengucapkan terima kasih kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas hasratnya untuk melabur AS$1 bilion di negaranya.

Beliau berterima kasih kepada Presiden UAE, Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan atas pelaburan yang akan dilakukan oleh UAE di Pakistan.

"Kedua-dua negara bersaudara berminat untuk mengukuhkan lagi hubungan pelbagai hala mereka,” katanya menerusi ciapannya di Twitter pada Ahad.

Agensi Berita WAM pada Jumaat melaporkan bahawa negara itu berhasrat untuk melabur AS$1 bilion dalam syarikat Pakistan merangkumi pelbagai sektor ekonomi dan pelaburan.

Laporan itu berkata UAE berhasrat untuk melabur dalam sektor seperti gas, infrastruktur tenaga, tenaga boleh diperbaharui, penjagaan kesihatan, bioteknologi, teknologi pertanian, logistik, komunikasi digital, e-dagang dan perkhidmatan kewangan di Pakistan. - Bernama