LCS: Laporan PAC hasil persetujuan bersama

SHAH ALAM - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) tidak mewakili mana-mana parti.
Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, ia berdasarkan hasil persetujuan bersama daripada 14 orang ahli daripada parti berlainan.
Ujar beliau, antaranya tiga ahli Parlimen bagi UMNO dan BERSATU; dua ahli dari DAP serta Pas dan setiap satu wakil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR); Gabungan Parti Sarawak (GPS); Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Warisan (Warisan).
“14 Ahli Parlimen dari Parti berlainan, kami satu hati. Satu hati untuk pastikan wang rakyat adalah terjaga.