'Ahmad Zahid mesti jawab isu projek LCS'

LCS. - Foto Bernama. (Gambar dalam : Liew Chin Tong)
LCS. - Foto Bernama. (Gambar dalam : Liew Chin Tong)
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meluluskan projek kapal tempur pesisir (LCS) ketika memegang jawatan tersebut pada 2011.

Ujar beliau, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu didakwa membuat keputusan untuk mengubah sistem LCS daripada sistem SIGMA kepada sistem GOWIND sebelum berunding dan minta nasihat pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Ahmad Zahid jangan cuba nak lari daripada tanggungjawab. Projek LCS telah diluluskan oleh Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan pada tahun 2011.

“Beliau bertanggungjawab atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS yang berlaku. Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Ahad.

Pada Ahad, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, tidak wajar menuding kepadanya berkait isu kegagalan LCS.

Menurutnya, beliau bukan menteri pertahanan ketika projek itu diberikan, sebaliknya memegang portfolio berkenaan dalam tempoh April 2009 hingga Mei 2013.

Ahmad Zahid menegaskan, mereka yang terbabit dalam kegagalan perolehan LCS perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).