Burung Kakak Tua

A
A
A
Sebahagian daripada 50 ekor burung kakak tua pelbagai jenis pada program Penang Free Fly di kawasan bendang Sungai Dua hari ini. Menurut President Persatuan Penang Free Fly, Mohamed Nazri Seeni Syed Khan, antara burung kakak tua yang mengambil bahagian adalah jenis dari Blue and Gold Macau, Sun Conure, Cockatoo, Electus dan Yellow Crown Amazon.

Para peserta yang mengambil bahagian dalam program tahunan itu adalah pemilik burung kakak tua dari Pulau Pinang dan Kedah. Program Free Fly ini diadakan bagi memberi kebebasan kepada burung peliharaannya untuk terbang bebas di kawasan yang lapang.