Skim gaji: UMNO Putrajaya sokong Cuepacs

Kenyataan media UMNO Putrajaya yang menyokong kenaikan skim penjawat awam diperjuangkan oleh Cuepacs dikeluarkan pada Ahad.
Kenyataan media UMNO Putrajaya yang menyokong kenaikan skim penjawat awam diperjuangkan oleh Cuepacs dikeluarkan pada Ahad.
A
A
A

PUTRAJAYA - UMNO Putrajaya menyokong perjuangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung rayuan kerajaan membuat semakan semula skim gaji penjawat awam.

UMNO Putrajaya menerusi satu kenyataan pada Ahad berkata, perjuangan Cuepacs sewajarnya diangkat kerana skim gaji sedia ada telah lama tidak dinaikkan.

Menurut kenyataan itu, kali terakhir penetapan gaji minimum RM1, 200 diperkenalkan pada 2013 manakala pemberian kenaikan gaji kepada

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia kali terakhir dilaksanakan pada 15 tahun lalu (2007).

Kata kenyataan itu, gaji penjawat awam di negara Asia lain seperti India, Korea, dan Thailand adalah lebih tinggi mengikut dapatan purata dikeluarkan oleh Bank Dunia.

"Kenaikan gaji sedikit sebanyak membantu penjawat awam untuk menampung

kenaikan kos sara hidup yang dirasai di seluruh dunia.

"Ia juga penting untuk membantu kawalan gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam," menurut kenyataan itu, pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan tersebut, kenaikan gaji tahunan dijanjikan BN ketika PRU14 adalah wajar dipertimbangkan semula untuk menjaga kebajikan penjawat awam.

" UMNO Putrajaya memandang serius perjuangan ini dan memberikan sokongan penuh kepada Cuepacs untuk memelihara kepentingan penjawat awam di seluruh negara.

" UMNO Putrajaya meminta kerajaan mengkaji semula gaji dan elaun kakitangan awam sejajar dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, UMNO Putrajaya turut bersetuju turun berpiket bersama Cuepacs jika bantahan itu diadakan.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat menerusi satu kenyataan di sebuah portal berita Julai lalu menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan.

Beliau berkata, cadangan menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.