Nafas nak beri bar emas

Hadiah hebat itu menanti pengunjung bertuah yang datang ke Pavilion Nafas sempena MAHA 2022 bermula hari ini

Nafas turut terlibat sama di Laman Mekanisasi yang dimeriahkan dengan aktiviti serta mempamerkan jentera dan produk keluarannya.
Nafas turut terlibat sama di Laman Mekanisasi yang dimeriahkan dengan aktiviti serta mempamerkan jentera dan produk keluarannya.
A
A
A

PETALING JAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) pada tahun ini sekali lagi berusaha memberi sokongan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berlangsung selama 11 hari bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang.

Menurut Pemangku Pengurus Besar Nafas, Saripol Baharin Karim, menariknya tahun ini, Nafas selaku Rakan Penaja MAHA 2022 akan menganjurkan beberapa aktiviti dan juga peraduan yang menjanjikan hadiah menarik untuk dibawa pulang oleh orang ramai yang mengunjungi Pavilion Nafas di Dewan A, Maeps.

"Melalui peraduan Jawab dan Menang, orang ramai yang berkunjung ke Pavilion Nafas hanya perlu menjawab soalan mudah dan berpeluang menyertai cabutan bertuah.

"Istimewanya, hanya seorang pengunjung bertuah akan memenangi bar emas seberat 50 gram. Selain bar emas, pengunjung juga berpeluang memenangi telefon bimbit, basikal lipat, tab, seterika stim, televisyen dan pelbagai lagi hadiah-hadiah yang lain," katanya.

No Image Caption

Nafas turut menawarkan jualan harga murah beberapa produk terpilih dari jenama Peladang dan juga jualan penghabisan stok minyak pelincir jenama NAFASLUBE.

Nafas juga menampilkan tiga orang cef yang akan membuat demo masakan berasaskan produk jenama Peladang iaitu Cef Naem, Cef Danish Harraz dan Cef Zam Akmal di Pentas Utama, Dewan A.

Nafas turut terlibat sama di Laman Mekanisasi, Laman Padi dan Laman Agroedutainment yang dimeriahkan dengan aktiviti serta mempamerkan produk-produk keluarannya.

No Image Caption

Para pengunjung dan pemain industri dapat menggunakan peluang ini untuk melihat secara dekat dan mendapatkan maklumat lanjut terus melalui pempamer Nafas di tempat-tempat tersebut.

Sebarang maklumat lanjut berhubung aktiviti dan program anjuran Nafas sepanjang di MAHA 2022 boleh didapati dengan melayari platform media sosial Nafas di Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok.

INFO

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022

- 4 hingga 14 Ogos 2022.

- 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

- Pavillion Nafas. Dewan A, Maeps, Serdang.

- Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok.-Nafashq.